Anugerah

 Anugerah terkini (2010-2016)

KEJAYAAN KOPERASI

Koperasi Peserta-Peserta Rancangan Felcra Seberang Perak Berhad telah dianugerahkan dengan pengiktirafan cemerlang 5 BINTANG bersempena dengan Malam Anugerah Bintang anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Anugerah tersebut telah disempurnakan oleh Y.B. Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan (KPDNKK) pada 6 April 2012 di Sunway Putra Hotel.

Tujuan anugerah ini disampaikan adalah untuk memberi pengiktirafan kepada koperasi-koperasi yang telah berjaya di dalam satu pemeriksaan usaha wajar (due diligence examination) di bawah Seksyen 64 Akta Koperasi 1993. SKM telah membuat semakan ke atas 51 koperasi besar di Malaysia dan 2 daripada koperasi tersebut telah menerima pengiktirafan cemerlang 5 bintang, 11 koperasi menerima 4 bintang manakala selebihnya menerima anugerah 3 bintang.