Selamat Datang ke Portal Rasmi Koperasi Felcra Seberang Perak Berhad

Koperasi Peserta-Peserta Rancangan FELCRA Seberang Perak Berhad telah didaftarkan mengikut Akta Koperasi 1941 dan pindaan Akta tahun 1994 pada 4hb Januari 1986 dengan nombor pendaftaran 5884/1.Koperasi ini dimiliki oleh Peserta-Peserta Rancangan FELCRA Seberang Perak dan mengikut kehendak Akta dan Peraturan-Peraturannya serta Undang-Undang Kecilnya ia hendaklah menjalankan aktiviti-aktiviti dan urusan yang dibenarkan serta perlu melaporkan aktiviti-aktiviti serta akaun teraudit dari perniagaanya kepada anggota-anggotanya melalui Mesyuarat Agung Tahunan (MAT).