Soalan Lazim

1.   Apakah nama penuh koperasi?

  • Nama rasmi koperasi ini adalah Koperasi Peserta-Peserta Rancangan Felcra Seberang Perak Berhad.

2.   Apakah pengkhususan bidang aktiviti UTAMA perniagaan koperasi?

  • Pentadbiran, Perkhidmatan, Pelaburan & Kewangan
  • Pertanian & Industri Asa tani
  • Perladangan
  • Teknikal, Hartanah & Industri Pembinaan
  • Pemborongan & Peruncitan

3.     Bilakah ia ditubuhkan?

  • Didaftarkan secara rasminya pada 4 Januari 1986.

4.     Siapakah di belakang tabir KOPERASI?

  • 12 orang Ahli Lembaga Koperasi (ALK)
  • 4 orang Jawatankuasa Audit Dalaman (JKAD) dilantik oleh Lembaga Koperasi
  • Jawatankuasa Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari dipilih dari kalangan ALK  melalui mesyuarat khas Lembaga
  • 110 orang kakitangan– Pengurusan dilantik oleh Lembaga Koperasi

5.     Dimanakah kawasan operasi KOPERASI?

  •  Rancangan FELCRA Berhad Seberang Perak, Kampung Gajah, Perak Darul Ridzuan.

6.     Siapakah yang layak untuk menganggotai KOPERASI

  • Peserta-peserta berbangsa Melayu dan Bumiputera beragama Islam Rancangan FELCRA Berhad Seberang Perak, Kampung Gajah, Perak Darul Ridzuan yang mana mereka didaftarkan dalam daftar pegangan tanah atau rancangan
  • Anak kepada anggota Koperasi berbangsa Melayu dan Bumiputera beragama Islam yang menjadi Peserta – peserta Rancangan FELCRA Berhad Seberang Perak, Kampung Gajah, Perak Darul Ridzuan. Taraf keanggotaan kategori anak anggota tidak boleh diwarisi isteri dan anak-anak.
  • warganegara Malaysia;
  • telah mencapai umur lapan belas tahun;
  • bermastautin atau mempunyai hartanah atau bekerja dalam kawasan operasi Koperasi ini;dan
  • bukan seorang yang bangkrap (muflis).

7.     Bagaimanakah untuk mendaftar menjadi KOPERASI?

  • Permohonan menjadi anggota hendaklah dibuat dalam borang rasmi Koperasi ini dan dialamatkan kepada setiausaha Koperasi atau pegawai Koperasi yang dipertanggungjawabkan.

8.     Apakah jenis yuran yang dikenakan?

  • Tiap-tiap permohonan menjadi anggota hendaklah disertakan dengan fi masuk sebanyak RM10.00 (Ringgit Malaysia : Sepuluh Sahaja).
  • Syer saham minima sebanyak RM 500.00 (Ringgit Malaysia : Lima Ratus Sahaja)
  • Penama atau wakil yang sah kepada anggota yang mati jika memohon untuk menjadi anggota dalam tempoh enam bulan selepas kematian anggota itu, tidak dikenakan fi masuk.
9.     Bagaimana caranya untuk berhenti daripada menjadi anggota KOPERASI?
  • meninggal dunia;
  • menarik diri menurut undang-undang kecil 22.
  • dibuang menurut undang-undang kecil 23.
  • berhenti atau disingkir daripada menjadi peserta Rancangan FELCRA Seberang Perak; atau
  • anak anggota bagi generasi pertama yang keluar daripada menjadi peserta FELCRA Seberang Perak.
  • gagal menjelaskan syer minimum menurut undang-undang kecil 55; atau
  • gagal menjelaskan yuran menurut undang-undang kecil 56, enam bulan berturut-turut dengan tiada kebenaran lembaga.
10.     Apakah manfaat yang akan diperolehi sebagai anggota KOPERASI?
  • Khairat kematian untuk anggota & keluarga (RM54,000/tahun)
  • Hadiah kepada anggota & pelajaran anak anggota (RM 13,000/tahun)
  • Pinjaman pendidikan (RM 30,000/tahun)
  • Pinjaman khas untuk kebajikan anggota
  • Kredit bekalan input & peralatan pertanian
  • Menyediakan ruang perniagaan kepada anggota
  • Program latihan, motivasi & keusahawanan (RM30,000/tahun)
  • Zakat – agihan 3 asnaf mengikut tahun
  • Kemudahan sosial
  • Dividen (7% hingga 20%)