Anugerah 5 Bintang (2014)

Anugerah 5 Bintang (2014)

Koperasi Peserta-Peserta Rancangan Felcra Seberang Perak Berhad telah dianugerahkan dengan pengiktirafan cemerlang 5 BINTANG bagi Penilaian Risiko Koperasi bersempena dengan Malam Anugerah Bintang anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Anugerah tersebut telah disempurnakan oleh Y.B. Dato’ Sri Hassan Bin Malek, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan (KPDNKK) pada 15 April 2015 di Dewan Perdana Menara Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Anugerah ini merupakan anugerah kali kedua di atas pencapaian 5 bintang yang mana anugerah kali pertama telah diterima pada tahun 2012.